ROMPIN: Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam tadi, merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya.
Ibunya Razilah Daud, 52, berkata pada 2017 Allahyarham membeli sebuah rumah di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di sini, disusuli dengan sebuah kereta pada tahun 2019 untuk kegunaan mereka sekeluarga.
Beliau berkata sebelum itu mereka sekeluarga menetap di Felda Keratong Lima di sini, dengan suaminya Bustamy Tuakal, 70, bekerja sebagai buruh mengambil upah membuat rumah sekitar tanah rancangan itu manakala Razilah tidak bekerja.
"Kami hanya menyewa di Felda Keratong. Lepas beli rumah dan kelengkapan di sini, dia minta kami duduk di sini... katanya anggap macam emak dan abah sudah pencen, selain arwah memberi duit belanja bulanan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumah keluarga Allahyarham di sini pada Rabu.
Razilah berkata pada pertemuan terakhir, Allahyarham memaklumkan bahawa dia akan menduduki peperiksaan paling susah sebelum tamat berkursus pada Isnin depan dan selepas itu menurutnya kehidupan mereka sekeluarga akan bertambah baik.
Mohamad Affendi, 31, meninggal dunia dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas pada 10.07 malam Selasa, semasa sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan pangkalan udara itu.
Kejadian turut menyebabkan seorang lagi juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Sementara itu seorang lagi anggota keluarga Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Tam, 36, berkata beliau mengenali Mohamad Affendi semasa arwah berusia 18 tahun selepas berkahwin dengan sepupu arwah dan sejak itu beliau mengetahui minat mendalam arwah terhadap profesion tentera udara.
Menurutnya atas minat itu, Allahyarham belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
"Arwah pendiam orangnya dan kali terakhir kami bertemu ialah pada hujung bulan lepas kerana arwah pulang melawat orang tuanya... semasa itu arwah sedang berkursus di Negeri Sembilan dan dia mengambil cuti sehari," katanya.
Tam memberitahu jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Besar Muadzam Shah di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah.
Sementara itu di KOTA BHARU, Kelantan, jiran kepada keluarga mentua Affendi, Khadijah Awang, 55, berkata arwah berperwatakan sangat baik dan peramah, walaupun mengakui beliau kurang mengenali arwah dengan lebih dekat.
Katanya beliau masih mengingati keperibadian Allahyarham yang cukup mesra dengan masyarakat sekeliling kerana sempat bersua muka dan bertegur sapa sebelum berlakunya pandemik COVID-19 tahun lepas.
"Seingat saya sebelum COVID-19 tahun lepas, sempatlah juga berjumpa dengan arwah...ketika dia balik ke kampung isterinya, di sini.
"Memang arwah ini sangat peramah, sebab apabila saya ternampak arwah di rumah mentuanya dia mesti tegur, tanya kesihatan saya...sikapnya itu, kami jiran-jiran di sini tengok memang hormat pada orang tua," katanya kepada Bernama ketika di temui di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, di sini, pada Rabu.
Tambah Khadijah pihak TUDM telah membawa isteri Mohamad Affendi, Nurul Izzati Shari; ibu dan bapa mentua serta adik ipar mangsa ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi tadi sebelum berlepas ke rumah keluarga Allahyarham di Muadzam Shah, Kuantan, Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam tadi, merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya. -Gambar fail
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Tragedi Hawk: Mohamad Affendi anak harapan, sedaya upaya balas jasa keluarga - Ibu
Allahyarham membeli sebuah rumah di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di sini, disusuli dengan sebuah kereta pada tahun 2019 untuk kegunaan mereka sekeluarga.
Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas
Segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.
Nahas pesawat TUDM: Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian
Ia sebagai pengiktirafan setelah beliau berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.
Dengar bunyi dentuman dua kali sebelum lihat pesawat TUDM terbakar - Saksi
Mangsa yang terkorban ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.
[LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Seorang juruterbang TUDM maut, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas Selasa malam di Butterworth.